S.O.B Nation


FORGIVE ME, MY LORD…
October 25, 2007, 3:05 pm
Filed under: bloggers

PLEASE SAVE MALAYSIA
Ref: Malaysiakini  &  Malaysia Today    

http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=9412

Mat Yassin Bin Salleh
www.panggilan-pertiwi.blogspot.com

Ampun Tuanku,

Selamatkanlah Malaysia. Akhirkanlah kemungkaran para eksekutif kerajaan. Kembalikanlah keluhuran perlembagaan dan keperkasaan undang-undang. Berikanlah rakyat peluang untuk hidup dalam ketelusan perlaksanaan penguat-kuasaan para pentadbir.

Berikanlah kami rakyat Malaysia hidup dalam harmoni dan muhibah tanpa sebarang adu domba dan keserakahan parti-parti politik yang memerintah yang senantiasa menjadi kan isu perkauman untuk dilihat sebagai “the champion and saviour of their own race” dengan menakut-nakutkan rakyat bahawa kaum lain adalah ancaman.

Selamatkaanlah kami rakyat Malaysia. Daulat Tuanku.

Patik sembahkan sebuah sajak ke bawah duli Yang Maha Mulia Tuanku

Daulat Tuanku
[buat putraku Yasleh Khaliff Amri]

sekian ini lamanya engkau Melayu
menjadi kelasi armada yang kian karam
kerana seekor demi seekor nakhodamu
masih jua tetap menganyam pelangi
memintal mimpi lautan ilusi
menjelmakan fatamorgana
sebagai realiti harapan
di mana engkau terpesona mengakui
bahawa engkau bukannya hanya sekadar berseloka
dalam simfoni pelangi mimpi nyanyian ilusi
senandung kalbu melarik duka meraut malang
menguliti mega nestapa angan-anganmu
merentasi segara syahdu kealpaanmu

mana mungkin bersatu
nestapamu dan sayahduku
ya Melayu,
kerana engkau masih jua percaya
bahawa menara ketuananmu yang abadi perkasa
masih jua mungkin terbina di atas tapak anyaman mimpi

kerana demikianlah yang kau mahu
maka akan demikianlah seterusnya engkau Melayu

makanya
pun aku terpaksa sendirian
menimba bara meniti duri
demi PanggilanPERTIWI
akan ku tiupkan nafiri
yang bergema dari benua ke benua
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Advertisements

Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: