S.O.B Nation


A BABI BLOGGER – POLLUTING THE RIVER OF BLOGS

ref: malaysiakini mkini in blogs news malaysia-today selangor babi pig blogger deals agreements pakatan rakyat ali rustam

The Babi Blogger

When news of BN Politicians are getting into blogging its going to be a mockery to the Blog World. The filth and utter pollution of blogs by unethical and non-GOD fearing persons that will do anything to stay in power and rape the nation of its wealth.

As Raja Petra simply put it: ‘Yes, makan babi, haram. Tapi makan duit perniagaan babi, tak haram. Makan duit rasuah dari perniagaan babi, tak haram. Makan gaji dari duit cukai perniagaan babi, tak haram. Cium ‘French kiss’ mulut GRO Cina yang makan babi, tak haram. Aiyah…..Melayu ni bangang sangatlah.’

Below is the babi related post:

Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya

TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan. Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat. Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang. Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya. Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan. Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh seba itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu.

Saya cukup kecewa dengan sikap para pemimpin Pas yang menganggotai mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor yang turut bersetuju dan merelakan pembinaan ladang ternakan babi terbesar itu di negeri mereka, padahal mereka sebelum ini begitu lantang mengkritik saya berhubung isu babi di Melaka, walaupun kerajaan negeri sudah pun berusaha untuk mengurangkannya. Harus diingat bahawa sejak saya memimpin negeri ini, kita telah berjaya menutuo dua ladang ternakan babi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.

Tetapi apabila cadangan untuk membina ladang ternakan babi terbesar di negeri mereka, Pas tanpa segan silu turut menyokong cadangan tersebut. Tindakan para pemimpin Pas di dalam kerajaan Selangor juga telah “menghalalkan” perkara yang haram malah tanpa merasa bimbang akan pencemaran dan jangkitan penyakit yang boleh dibawa oleh babi kepada manusia, khususnya di kawasan terbabit. Ingatlah bahawa ladang yang akan dibangunkan itu adalah di kawasan majoriti didiami orang Melayu dan jika mereka benar-benar mahu membina ladang ternakan babi, buatlah di kawasan majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Rakyat Selangor kini bergembira kerana bakal menerima hadiah pilihan raya yang begitu tinggi nilainya hasil sokongan mereka kepada parti mereka pada pilihan raya lalu.

Posted by Mohd Ali Mohd Rustam
(http://mohdalirustam.blogspot.com/2008/04/kandang-babi-hadiah-kepada-pengundi.html

Advertisements

Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: